Selimut Untuk Asma, Lihatlah Dunia Daripada Perspektif Yang Berbeza

Asma dilihat sedang bermain seorang diri di kawasan runtuhan bangunan tanpa mempunyai teman. Ada ketika, Asma akan menggigil kesejukan memeluk tubuh yang kelesuan. Asma tidak punya pakaian tebal.

Asma tidak punya selimut yang membaluti tubuhnya. Asma hanya tahu memandang dengan pandangan yang penuh pengharapan. Asma, gadis kecil Syria, yang hidupnya dalam kedaifan, kemiskinan, kelaparan dan kesejukan.

SELIMUT UNTUK ASMA.

Buku ini, bukan hanya sekadar buku.

Buku ini akan membawa anda mengembara ke tiga buah dunia yang berbeza.

Buku ini akan mengubah pandangan anda mengenai dunia.

Buku ini akan mengajar anda erti kehidupan.

Buku ini akan membentuk jiwa anda menikmati sebuah kesyukuran.

Buku ini adalah asas pembentukan insan yang ihsan dan pendorong diri melakukan kebaikan dalam usaha mencapai kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan dunia akhirat.

Buku ini adalah sebuah nukilan dan coretan pengalaman berharga individu yang inginkan dunia yang penuh dengan kebajikan, kebaikan dan keredaan Tuhan.

Dan bersedialah untuk menangis bermuhasabah diri.

Bukan itu sahaja, anda juga akan dihadiahkan 2 buah lagi buku yang sememangnya hebat:

1. Lelaki Terakhir Menangis di Bumi

– Menceritakan tentang pertubuhan sukarelawan – Tangisan Syria Di Bumi Jordan yang melakarkan 1001 cerita suka duka perjuangan mereka dalam meninggikan kemanusiaan. Ada juga diselitkan beberapa kisah pelarian Syria yang kebanyakannya meruntun jiwa.

Penulisnya, Musa Nuwayri berjaya menyampaikan mesej dan kisah perjuangan di bumi Jordan dengan baik sekali. Sekaligus menyebarkan maklumat dan keadaan yang sebenar-benarnya tentang kehidupan pelarian negara Syria di sana.

Buku ini mempunyai rohnya tersendiri. Maka sediakanlah tisu.

2. Ini Sekolah Kita

– Catatan pengalaman 3 anak muda yang seawal usia 19 tahun telah mengasas dan menubuhkan sekolah-sekolah di bumi Jordan demi membantu anak-anak mangsa perang Syria untuk turut sama mendapat pendidikan, agar dapat mengubah nasib mereka di masa hadapan.

Mereka ini yang bertungkus-lumus bekerja dengan sukarela, tanpa mendapat bayaran apapun. Ganjaran yang diharapkan hanyalah kebahagiaan yang dirasakan bila melihat anak-anak didikan mereka menunjukkan kegembiraan dan semangat untuk terus belajar mencapai cita-cita besar mereka.

Buku ini telah memenangi Anugerah Buku Negara 2017 bagi Kategori Buku Kemanusiaan Terbaik.

Ya, 3 buku hebat ini hanya pada harga RM59 untuk 200 pembeli yang terawal sahaja. (Selepas itu akan harga akan menjadi RM69 dan hanya satu buku PERCUMA).

Beli sekarang dan oh ya, jangan lupa, sediakan tisu semasa membacanya.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp