Neelofa Tinggalkan MeleTOP Selepas Tujuh Tahun

“Saya dengan berat hati akan meninggalkan rancangan MeleTOP dan ini menjadi bulan terakhir saya.

“MeleTOP telah banyak mendidik saya dan kerjaya seni saya membesar bersama rancangan ini. Ia ibaratnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya sebak.

“Berat untuk saya tetapi saya perlu lepaskan untuk dapatkan sesuatu yang lain,” katanya sebak.

Inilah ungkapan pengacara program hiburan, Meletop, Neelofa berkenaan keputusan mengundur diri daripada program tersebut selepas tujuh tahun mengendalikannya.

Keputusan itu diambil kerana mahu fokus kepada perancangan lain dalam kerjayanya.

Pengumuman itu dibuat Neelofa secara langsung menerusi MeleTOP yang disiarkan pada Selasa dan hari terakhir Neelofa bersama MeleTOP ialah pada 31 Disember 2019 depan.

Untuk rekod, MeleTOP mula disiarkan pada 30 Oktober 2012 dengan menggandingkan Neelofa dan Nabil Ahmad sebagai hos utama. Ia sudah bersiaran sebanyak 370 episod.

Thank you Neelofa!

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Saranan