Kerajaan Selangor Beri Insentif RM600 Untuk Pengantin Baru

Bertuahnya menjadi rakyat Selangor kerana dapat menerima insentif RM300 setiap seorang bagi mereka yang baru sahaja berkahwin dan mendaftar kursus kekeluargaan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

Ia dilaksanakan sebagai inisiatif untuk menangani kes penceraian yang semakin meningkat dalam kalangan pasangan muda. Walaubagaimanapun ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum mendaftar.

Insentif ini disediakan untuk golongan belia yang berumur 40 tahun ke bawah dan pernikahan mestilah merupakan yang kali pertama. Peserta pula ialah anak kelahiran Selangor atau telah bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (alamat di MyKad juga adalah Selangor).

Selain itu, untuk melayakkan pemohon mendapat insentif tersebut, mereka perlulah menghadiri kursus selama setengah hari bersama pasangan masing-masing. Mereka akan diajar tentang ilmu pengurusan kewangan, cara menguruskan emosi dan kemahiran keibubapaan sebagai memenuhi asas dalam pengurusan sesebuah rumahtangga.

Pendaftaran telah dibuka kepada mereka yang telah berkahwin bermula dari 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019. Permohonan pendaftaran boleh dilakukan di www.igems.yawas.my bermula 18 November sehingga 31 Jun 2020.

Manakala bagi mereka yang ingin berkahwin bermula dari 1 Januari 2020 hingga seterusnya, permohonan hanya boleh dibuat selepas 6 bulan dari tarikh pernikahan.

Jom rebut peluang ini ramai-ramai! Siapalah yang senang-senang nak bagi RM600 macam tu sahaja? Rezeki kahwinlah katakan.

Apa lagi ditunggu-tunggu? Mereka yang merupakan anak jati Selangor dan dah ada niat untuk berkahwin cepat-cepatlah mendaftar.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp