Kenapa Kita Perlukan Ibu Bapa Ketika Berbisnes?

Majoriti usahawan yang menjana pendapatan lumayan dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai, sering menasihati kita untuk sentiasa rapatkan diri dengan komuniti usahawan yang sudah berjaya. Ini bertujuan bagi mendapatkan gaya fikir dan mencontohi tindakan mereka, supaya bisnes kita juga memperoleh kejayaan yang sama.

Tetapi kita sering terlupa, terdapat dua individu yang dapat menjamin kejayaan bisnes serta merta. Lebih menarik, mereka ini tidak jauh daripada mereka. Malah di saat kita dilahirkan, mereka juga turut bersama, dan menitiskan air mata sebagai tanda kesyukuran.

Benar, individu yang dimaksudkan adalah kedua belah ibu bapa kita.

4 Sebab Ibu Bapa Adalah Pencetus Kejayaan Bisnes

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut, ayat 8 bermaksud:

“Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik, dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”

Ibu bapa adalah manusia yang mempunyai nilai kasih sayang tertinggi pada kita di dunia. Apa sahaja yang mereka lakukan, semuanya adalah untuk kebaikan anaknya. Ada ibu bapa yang sanggup berkorban waktu kerja selama 20 jam sehari, semata-mata mahu melihat anaknya belajar di universiti dalam keadaan selesa.

Dalam dunia bisnes, kita boleh menjadikan ibu bapa sebagai modal kejayaan. Bermula dengan menghormati mereka, dan menjaga hati mereka. Nescaya Tuhan akan memberkati serta mempermudahkan segala urusan kita untuk mencapai matlamat.

Selain itu, kedua-dua belah ibu bapa kita juga dapat membantu kita daripada segi:

Memberi Sokongan Tanpa Kenal Erti Penat

Ibu bapa dilahirkan sebagai alat sokongan yang kental dan tidak pernah berhenti. Mereka akan sentiasa menyokong apa jua usaha anaknya, selagi ia mematuhi syariah dan undang-undang Islam. Oleh sebab itu, mari kita kembali semula kepada ibu bapa mereka.

Gunakan kedua-dua ibu bapa kita sebagai pendinding untuk mengelakkan diri daripada berputus asa dalam dunia bisnes. Dunia ini penuh dengan cabaran. Dengan sokongan tanpa henti daripada manusia yang merupakan darah daging kita, kejayaan pasti dalam genggaman kita akhirnya.

Memberi Idea Kreatif dan Inovatif

Mereka lebih berpengalaman, mempunyai ilmu dan mengetahui selok belok dunia lebih daripada kita. Banyakkan bertanya mereka tentang idea-idea bisnes yang dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Seringkali idea yang mereka berikan adalah unik, dan berpotensi memberikan nilai tambah yang berbeza.

Selain daripada melayari laman web untuk mencari idea, gunakan medium ini untuk mendapatkan idea kreatif dan inovatif. Kita tidak tahu apa yang akan dikongsikan oleh kedua-dua belah ibu bapa yang tercinta.

Kritikan Konstruktif

Kritikan konstruktif bermaksud kritikan yang mempunyai nilai tambah, bagi memperbaiki bisnes kita. Ibu bapa adalah contoh yang terbaik dalam memberikan kritikan konstruktif. Lihat kembali sewaktu kita kecil-kecil dahulu. Kita selalu jatuh menaiki basikal dan menangis teresak-esak.

Siapa yang datang ketika itu jika bukan ibu bapa kita? Mereka yang akan memegang tangan kita, merawat luka yang ada dan memberikan nasihat emas seperti…

“Anakku, jangan mengaku kalah. Bangun dan berusahalah sekali lagi. Allah pasti akan membantu mu.”

Para pembaca yang dihormati sekalian, kita tidak perlu mencari individu hebat untuk dijadikan mentor terlebih dahulu. Kembali kepada kedua belah ibu bapa kita, minta berkat dan doa mereka supaya merestui kejayaan kita dalam dunia bisnes. Mudah-mudahan.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp