Hidup Lebih Kaya Raya, Rezeki Melimpah Ruah Kalau Kita Suka Sedekah Pada Adik Beradik

Rahmat Allah hilang apabila kita bergaduh antara adik beradik, sebab itulah sangat penting menjaga hubungan kekeluargaan. Kalau kita tengok ada antara adik beradik kita yang susah, apa salahnya kalau kita bantu mereka dengan rezeki yang kita ada. Kata Nabi, sedekah yang paling baik ialah kepada ahli keluarga terdekat.

Ada seorang lelaki yang kaya raya, berumur dalam 40 lebih, rumah mewah dan besar tapi beliau suka bantu orang terutamanya kaum kerabat sendiri.

Selepas banyak mengenali dan memahami tuntutan agama, beliau berubah dan lebih suka mengeluarkan hartanya untuk bersedekah. Hasilnya Allah beri lebih banyak dengan hanya asbab membantu adik beradik.

Ada juga ustaz yang cakap, antara sebab rezeki sempit ialah apabila kita kedekut dan memutuskan silaturahim dengan adik beradik, bertahun-tahun langsung tidak bertegur sapa, apalagi nak meminta maaf. Allahurabi, rupanya Allah bayar cash di dunia lagi. Takutnya!

Maka selalulah berdoa, “Ya Allah, Engkau peliharalah adik beradik kami, kumpulkan kami bersama di syurgaMu, rapatkanlah dan rahmatilah kami adik beradik, dan akhirnya ampunilah dosa-dosa kami semua. Amin.”

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp