Hanna Baa Jelaskan Status Terkini Isu Tular Semalam, Nafi Ia Gimik Permasaran

Tular dan kecoh satu Malaysia dengan isu Yaya berkahwin dengan suaminya semalam, Hanna Baa atau Suhana Hamzah sekali lagi tampil di posting FB menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya.

“Saya ingin membetulkan tuduhan orang yang mengatakan ini adalah marketing semata mata. Saya bukanlah terdesak untuk membuat marketing murahan sebegitu tetapi apa yang saya tulis semalam adalah luahan hati yang tersangat sakit akibat dikhianati tetapi tidak sangka ianya menjadi viral” katanya.

Beliau menyatakan tindakan yang dibuat semalam telah difikirkan sedalamnya serta akibat tekanan dan kesabaran yang sudah tak tertanggung.

Hanna juga menyatakan pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyelamatkan bahtera perkahwinannya namun semuanya gagal. Ujian ini sangat memberi kesan emosi dan kehidupannya tambah lagi perkara ini terjadi semasa dia dalam proses recovery selepas bersalin.

Hanna juga mengesahkan yang dia masih belum bercerai dengan suami Baa Azhar namun dalam proses menfailkan perceraian mereka.

“Saya juga tidak pernah dipelawa untuk bermadu seperti yang didakwa tetapi pengkhinatan ini terbongkar setelah beberapa kali kantoi dan bukti ada dengan saya.

“Saya mengambil tindakan ini setelah perbincangan tidak pernah berakhir dengan baik. Di saat ini, giliran saya pula untuk memikirkan tentang diri saya sendiri dan anak2,” katanya.

Sekali lagi kami di Hawa perkara ini dapat diselesaikan dengan baik demi kepentingan semua pihak yang terlibat. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp