Clean Sprayz: Semburan Ajaib Untuk Hilangkan Kotoran Pada Tudung, Pakaian

Tidak senang duduk jika tudung kena tompokan makanan. Risau ada mata yang memerhati kotoran di pakaian. Kini masalah tersebut dapat diatasi dengan mudah dan cepat dengan menggunakan produk semburan istimewa, Clean Sprayz (CS).

Produk ‘ajaib’ tersebut bukan sahaja mampu menghilangkan kesan kotoran seperti kuah kacang, mi kari, sos cili, kicap, dakwat pen, kesan minyak dan lain-lain tetapi juga mampu menghilangkan sekali bau kotoran tersebut.

Dengan haruman lemon yang menyegarkan, kotoran yang terkena pada pakaian mampu dihilangkan dalam tempoh 30 saat sahaja.

Tanpa perlu bersusah payah untuk menyental, pengguna hanya perlu lapkan kotoran tersebut dengan menggunakan tisu basah dan kemudian semburkan CS di kawasan yang terkena kotoran sambil menggosok dengan perlahan.

Lebih menarik, satu unit CS yang bersaiz 30 ml (mampu bertahan dengan 200 kali semburan) dijual pada harga RM35 sahaja dan terhad untuk promosi sepanjang bulan Julai ini harga produk tersebut dijual pada harga RM30 seunit.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp