“Beri Aku Rezeki Seluas Langit Mu” – Neelofa Kongsi Doa Diamalkan Bagi Rezeki Melimpah Ruah

Dalam perkongsian berkenaan soal rezeki, Neelofa mengakui sejak mengamalkannya rezekinya tidak pernah putus dan hadir tidak disangka-sangka.

Menurut Neelofa, doa ini boleh diamalkan setiap masa, bukan sahaja selepas solat tetapi bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ya Allah,
Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Merancang,
Berikan aku rezeki seluas langitMu,
Rezeki yang berkat,
Rezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam,
Rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zam-zamMu bertebaran di seluruh pelusuk dunia.

Rezeki yang tak pernah putus,
Rezeki yang membawa kebaikan,
Rezeki membawa aku ke syurgaMu,
Rezeki yang tak disangka-sangka,
Rezeki yang menjangkau akal fikiran,
Rezeki yang boleh membantu aku untuk berdakwah di negara-negara Islam, membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk berdakwah,
Rezeki yang boleh membawa aku dan seluruh keluarga, sahabat, guru-guru dan kenalan aku ke syurgaMu Ya Allah.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp