Arzu Bakal Buka Cawangan Baharu di Mid Valley

Butik tudung jenama mewah, Arzu bakal melancarkan butik baharunya di pusat membeli belah terkenal, Mid Valley Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Berita gembira untuk para peminat setia tudung Arzu itu dikongsi sendiri oleh pengasas jenama tersebut, Arzu Daud dalam laman instagramnya semalam.

“Saya tahu anda semua sudah lama menunggu dan ini merupakan projek yang paling lama dalam sejarah Arzu, akhirnya tinggal beberapa hari lagi untuk dilancarkan,” tulisnya.

Jenama Arzu mula berada di pasaran sejak tahun 1995 dan sejak itu Arzu telah memiliki dua buah butik iaitu di KLCC dan Pavilion.

Koleksi tudung dan skaf di bawah jenama Arzu sangat terkenal dalan kalangan wanita berhijab kerana bukan sahaja menampilkan rekaan terkini tetapi juga menggunakan material yang sangat berkualiti tinggi bersesuaian dengan keadaan cuaca di Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp