“Amazing Things Happened To Me Dalam Masa Beberapa Hari Sahaja”, Luah Puteri Sarah Liyana

Mungkin ramai daripada kita yang belum mengetahui, terdapat banyak kelebihan ayat 128 & 129 dalam surah At Taubah.

Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana juga berkongsi perkara yang berlaku kepada dirinya yang turut mengamalkan ayat-ayat ini.

Inilah kelebihan surah At Taubah ayat 128 & 129 yang kita semua perlu kejar dan amalkan setiap hari.

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu. Begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah;

– jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
– jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
– jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
– jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
– jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
– jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
– jika dia seorang yang sulit dalam kehidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp