Jujurnya, Ada Juga Benda Lain Yang Kita Buat Boleh Menyebabkan Pintu Rezeki Itu Terbuka Seluas-Luasnya

Rezeki itu bukan sahaja ada pada aktiviti sedekah, beri hadiah dan sebagainya.

Jujurnya, ada juga benda lain yang kita buat boleh menyebabkan pintu rezeki itu terbuka seluas-luasnya. Contoh mudah ialah buat baik kepada ibu bapa sedangkan kita ini bukan kaya mana. Jadi apa yang kita boleh lakukan ialah:

Bantu di dapur, bantu di rumah, mudahkan emak ayah di sana sini. Kemaskan itu, kemaskan ini. Beri mereka ini rasa selesa, rajin buat itu ini.

Sungguhlah, apabila tengok ada adik beradik yang rajin tolong emak ayah, mereka ini lebih tenang dan senang dari yang lain. Kehidupannya, kerjanya, semuanya ada banyak kemudahan yang Allah beri.

Selain itu, rezeki ini juga perlu dijemput baik-baik masuk ke dalam rumah. Kalau tak, ia memang takkan masuk.

Contohnya mudah-mudah sahaja. Kita balik dari kerja (mencari rezeki) dan kita nak bawa balik ke rumah rezeki tersebut.

Bayangkan dah elok sampai depan pintu rumah, anak-anak menyambut kita dengan kecoh sana kecoh sini. Mereka seronok tengok kita, biasalah budak-budak. Namun kita pergi marah mereka suruh mereka respek kita yang penat seharian kerja.

Sungguhnya, cara itu salah. Boleh sahaja kita peluk mereka 2-3 minit, cium sahaja seorang demi seorang dan kemudian mereka akan lari menyambung bermain. Itulah anak-anak.

Kita yang matang, kena ubah fikiran. Penat dan lelah takkan habis selagi kita hidup. Bayangkan rezeki dah nak ikut kita masuk, kita pergi halang dengan perbuatan marah dan meluah-luah rasa penat kepada anak-anak yang tak ada dosa.

Rezeki pun lari. Sebab itu kita nak masak, tak menjadi. Nak buat itu nak buat ini ada sahaja yang tak kena.

Cek diri, cek hati, cek perbuatan. Semua kena cek. Ebook ini memang beri saya pelajaran bermakna sangat. Syukur ada cerita-cerita begini, sekurangnya kita masih boleh semak apa yang berlaku dalam diri kita dan mana yang boleh di perbaiki.

Ada lagi 21 cerita dalam ebook ini untuk kalian baca, siap ada 5 teknik mudah nak buat bagi membuka banyaknya pintu rezeki ke rumah kita.

Berbaloi ada lebih 50 muka surat.

Ramai yang sudah download. Kini tiba giliran anda pula!

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp