2 Jenis Pemikiran Manusia Untuk Menjadi Kaya

Pada 19hb Februari 2011, satu seminar yang diberi nama “Mega Seminar Jana Wang Dengan Penulisan” telah dianjurkan oleh FN Education Group Sdn Bhd.

Seminar ini dihadiri sekitar 120 orang, dan barisan penceramah terdiri daripada 3 orang individu yang berpengalaman luas dalam dunia penulisan, yakni Tuan Fauzul Na’im Ishak, Tuan Zamri Mohamad dan Puan Ain Maisarah.

Dalam seminar ini, Tuan Fauzul Na’im berkongsi 2 jenis pemikiran yang terdapat dalam diri setiap manusia. Jenis pemikiran tersebut adalah:

#1 – Prosperity Conciousness (Kesedaran pada kekayaan)

Bagi golongan manusia yang mempunyai pemikiran seperti ini, mereka seringkali berfikiran bahawa ‘peluang itu ada dimana-mana’ dan mereka jarang sekali melepaskan peluang tersebut.

Golongan manusia yang berfikiran seperti ini juga jarang mengeluarkan perkataan ‘tidak’ atau ‘jangan’ apabila menjumpai sesuatu peluang.

Sebagai contoh, Nur (Bukan nama sebenar) mendapati peluang buat duit dengan menulis mempunyai potensi yang besar. Namun disebabkan beliau tidak mempunyai gaya pemikiran prosperity conciousness, beliau memberikan 1001 alasan untuk tidak mengambil peluang tersebut.

#2 – Scarcity Conciousness (Takut pada kekayaan)

Gaya pemikiran kedua ini dikaitkan dengan orang yang selalu gagal, atau mereka yang seringkali menyalahkan keadaan sekeliling apabila menghadapi situasi kewangan yang negatif.

Ia juga dikenali sebagai ‘cara berfikir orang miskin’. Golongan yang mempunyai fikiran seperti ini, biasanya takut untuk melakukan perubahan dan seringkali menggunakan perkataan ‘kalau’, yang merujuk pada perkara yang negatif.

Sebagai contoh, ‘kalau aku tak berjaya, sia-sialah usaha selama ini’. Golongan pemikir seperti ini akan menyebabkan diri mereka sukar untuk menerima kekayaan dari segi jasmani dan rohani.

Jadi, lihat dan tanya pada diri kita sendiri. Kita berada di gaya pemikiran yang pertama atau kedua? Kesimpulannya, tiada salahnya apabila mempunyai gaya pemikiran yang kedua.

Namun, ia akan menjadi lebih teruk, apabila kita selalu menyalahkan situasi tanpa melakukan apa-apa. Dalam konteks agama, kita umpama menyalahkan tuhan kerana menurunkan sedikit ujian kepada diri.

Renung-renungkan, dan selamat bertindak.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp